Saturday, July 18, 2009

perlu ke april fool yg btl2 fool??

Kisah april fool ini bermula ketika kejatuhan penduduk islam.Pada zaman dahulu,penduduk-penduduk islam terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri DARI Tentera Kristian.Penduduk2 muslimin ini diberitahu mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat dengan menggunakan kapal yg berlabuh di pelabuhan . Keesokan harinya, ‘1 April’,mereka menuju ke pelabuhan dan pihak kristian menggeladah rumah penduduk islam itu.Pihak Kristian mulalah menyerang kaum muslimin dan membunuh kesemua penduduk Islam.Peristiwa berdarah yg menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera kristian.kejadian ini akhirnya diraikan bukan sahaja di Sepanyol tetapi di serata dunia Yg menyedihkan,orang2 Islam ada juga yg meraikannya skrg..emm pk2 kn lah..

Thursday, June 25, 2009

Cite-cite teladan..pk2 kan...

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.


Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.

Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.

Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!"

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

"Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.

Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu ditutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.

Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.

Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"

"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.

Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.

Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.


*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." renungkan....

Mengapa Tidak Mahu BerTuhan?

Tengah hari itu, cuaca sangat nyaman, angin bertiup sepoi-sepoi, langit cerah beratapkan awan sejemput. Cuaca yang tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk, membuatkan suasana tengah hari itu sungguh indah. Muhammad, seperti kebiasaan, setelah berkumandang azan zohor, di akan keluar dari rumahnya, menaiki basikal melalui lorong-lorong denai, sambil lidahnya terus basah dengan zikrullah.


Jarak dari rumahnya ke Masjid tidaklah terlalu jauh, hanya tiga minit dari rumahnya jika menaiki basikal. Basikal yang dinaikinya, adalah jenis basikal di dalam filem P.Ramlee, bertajuk bujang lapok. Basikal lama. Hadiah dari ayahnya. Walaupun usianya sudah menginjak 20-an, minatnya pada basikal tidak pernah luntur. Asal sahaja ada masa, pasti dikayuhnya basikal itu ke mana-mana. Dia lebih suka membonceng basikal tersebut kemana sahaja kerana hanya sebagai tanda dia menghargai pemberian ayahnya disamping lebih suka menikmati keindahan alam sambil menghirup udara segar.


Setiap hari, dalam perjalanan ke masjid , Muhammad akan melalui sebuah kedai makan dalam perjalanannya ke masjid. Di situ, dia dapati, hampir setiap hari , ada seorang pakcik dalam lingkungan umurnya sekali ganda dari Muhammad . Dan setiap kali itulah, dia akan memberikan salam pada pakcik tersebut sambil senyuman manis terukir dibibirnya. Bagi Muhammad , walaupun pakcik tersebut tidak ke masjid, tetapi agama yang dianuti Muhammad tidak pernah menyuruhnya berlaku biadap pada orang yang lebih tua darinya. Bahkan , sikap yang baik perlu didahului sebagai tanda menghormati mereka yang lebih tua darinya. Muhammad tahu, pakcik itu, yang lebih dikenali dengan Pak Man, tidak pernah dilihatnya di masjid, dan rata-rata penduduk kampung tahu yang Pak Manbukanlah jenis yang sembahyang, tetapi tidak pernah dicaci pada mereka yang mengamalkan agama. Pak Man juga, bukanlah jenis yang mahal senyman, setiap kali Muhammad melalui kedainya, pasti dijawab salam dan senyman pasti terukir indah diwajahnya.


“Assalamualaikum pakcik…ke masjid dulu ye..” ayat yang selalu meniti dibirnya tatkala melalui kedai makan Pak Man .
“waalaikumussalam..Muhammad, balik sembahyang karang, kamu singgah sini dulu ye..” ujar Pak Man tatkala lalunya Muhammad dijalanan melintasi gerainya.
“Ok..insyaallah…tak janji ye.”
Muhammad sedikit pelik, kerana tidak pernah Pak Seman mengajaknya duduk sekali dengannya. Entah apa yang ingin dibualkan dengannya. Tetapi yang pasti, dia tidak suka berjanji, kerana agama yang dianutinya, Islam, menyarankan agar setiap benda yang ingin dilakukannya, agar disusuli dengan insya Allah..Dan baginya, Insya Allah itulah janji baginya. Dia takut berjanji kerana takut-takut dia tak dapat tepati janji tersebut, jika dia memungkiri janji, bermaksud sifat munafik ada pada dirinya, dan inilah yang dia takuti, sifat paling tercela yang ada pada orang beriman. Itu pegangannya.


Seusai doa, Muhammad bergegas keluar membonceng basikalnya, dan terus menuju ke kedai makan Pak Man .
“Assalamualaikum Pak.” dihulurkan tangan untuk bersalaman dengan Pak Man sambil senyuman terukir indah di wajahnya.kamu “waalaikumussalam..Hah, Muhammad..Duduklah.Pakcik ada benda nak dibualkan pada .”


“hmm…ada apa tu pak?..” Muhammad mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia bingung sedikit, kerana tidak tahu apa yang ingin dibualkan oleh Pak Seman.
“Gini…Pakcik kagum la dengan kamu. Sepanjang-panjang kamu duduk di sini, tak pernah lekang dari mata pakcik kamu berulang alik ke masjid. Kamu pulak, suka senyum. Lepas, tak pernah lepas bagi salam pada pakcik. Pakcik musykil campur kagum dengan kamu. ” jujur Pak Man ucapkan pada Muhammad.


‘Ya Allah, janganlah kamu menghukumku di atas apa yang dia katakan,ampunilah aku di atas apa yang dia tidak tahu, dan jadikanlah aku lebih baik dari yang dia sangkakan”. Doa Muhammad di dalam hati.

Doa ini selalu diamalkannya apabila ada seseorang memuji-muji dirinya. Biarlah pujian itu diserahkan kembali pada yang empunya segala pujian.’
“Hmm”…Muhammad tidak tahu mahu membalas apa.
‘Pakcik nak tanya kamu boleh?’
“Tanya apa ye pak Man?”

‘ Hmm…Pakcik ada masalah sikit la..tu yang nak tanya kamu tu. Dah lama pakcik pendam benda ni. Tapi lepas kenal kamu, dengan akhlak kamu yang sangat menarik hati pakcik, pakcik rasa kamu boleh tolong pakcik selesaikan masalah yang pakcik hadapi ni.‘
“Insyaallah..kalau saya boleh tolong, apa salahnya saya usahakan. Saya akan cuba.”

‘Pakcik ni, dah lama tak sembahyang. Dalam 25 tahun dah pakcik tak sembahyang….’ ada nada sayu pada ucapan Pak Man,seolah-olah menyesali dirinya.
“Astaghfirullah” gumam Muhammad di dalam hati.

‘Bermula pakcik tak solat, kerana pakcik ragu-ragu dengan apa yang dipelajari dulu. Dulu pakcik sekolah agama, tapi pelajaran yang diajar, menyebabkan pakcik sakit kepala. Terutama matapeljaran tauhid. Setiap kali kelas tauhid, pasti cikgu bagi hujah-hujah yang bagi pakcik sampai sekarang pakcik tak faham. Semua doktrin-doktrin yang diajarkan, walaupun mulut kata faham, tapi hati pakcik memberontak Nak..sehinggalah, sampai satu hari, pakcik bertekad dah tak nak sembahyang dan pakcik yakin, inilah keputusan terbaik pakcik.’

Muhammad menarik nafas perlahan-lahan. Dadanya sedikit beromabak. Hatinya galau dan sedih mendengarkan cerita Pak Man. Muhammad memerah otaknya mencari sesuatu idea untuk ditanyakan pada Pak Man.
“Kenapa sampai jadi camtu Pak Man?”

‘Sebab , pakcik yakin,bahawa kita tak perlu percaya pada Allah, kita tak perlukan Malaikat, kita tak perlukan kitab-kitab yang dikatakan dari Tuhan, dan pakcik tak percaya pada yang dikatakan adanya utusan-utusan Tuhan atau dengan kata lain Rasul-rasul…Tiada semua ini pun, seseorang boleh berjaya.Ramai je contoh-contoh yang boleh dibuat.Kalau kamu boleh nyatakan kenapa perlu pakcik yakin pada semua-semua ni,pakcik akan pertimbangkan balik apa yang menjadi pegangan pakcik selepas 25tahun ini’
“Maha Suci Allah…” gumam Muhammad di dalam hatinya.
“Pak Man, pak Man beli mana ye kereta tu?” sambil jari Muhammad menuding ke arah sebuah kereta kepunyaan Pak Man.
‘Owh , itu pakcik dapat hadiah dari anak pakcik.’
“Agak-agak pakcik, kereta tu dia terbentuk sendiri ke?”
‘Mana ada kat dunia ni terbentuk sendiri. Sedangkan baju kamu pun , ada tukang jahitnya, inikan pula kereta tu. Mestilah ada kilang buat dia.‘
“Hmm…itulah jawapan kenapa adanya Allah. kalau pakcik dah akui kereta , baju, dan lain-lain ni ada pembuat, maka , apatah lagi kita ni, bumi , langit, mesti ada pencipta. Dan Pencipta tu, Allah. Sebab tu kita perlu yakin adanya Tuhan.”
‘ok..kalau betul Allah itu tuhan, kenapa dia perlukan yang dikatakan Malaikat?..ini menunjukkan yang dia lemah. Betul tak?..kalau dia Tuhan, semua benda dia boleh buat sendiri. Kenapa perlu ada yang dikatakan Malaikat yang mencatit amal kebaikan,keburukan, Malaikat yang menarik nyawa. Kalau betul dia Tuhan, kenapa dia perlu orang lain buat untuk Dia?’
“Pak Man tau tak Raja kita ni, ada berapa orang hulubalang?ada berapa orang menteri-menteri dia?”
‘kamu ni tukar tajuk ke?’
“ala, Pak Man jawab je”
’setahu Pak Man , banyak. Pegawai Istana pun banyak.Inikan pula pegawai keselamatan la, apa la.’
“pak Man agak-agak, kenapa Raja tu tak buat sendiri?”
‘Haih kamu ni,mestilah sebab nak tunjuk yang dia tu berkuasa. Dia kan pemerintah,takkan nak buat semua kerja sendiri. Kalau ada orang buatkan untuk dia, bermaksud dia ada kuasa memerintah. Dia boleh suruh orang buat apa sahaja. Kalau dia buat sendiri, orang tak nampak la kuasa dia memerintah.’
“Hah…begitulah seadanya … Allah buat malaikat, bukat sebab saja-saja. Tidak lain untuk tunjuk bahawa Dia tu, sangat berkuasa. Kalau raja di dunia ada juru tadbirnya, hulubalangnya, segala macam kerja, ada je yang akan buat..raja hanya memerintah suruh buat itu dan ini..dan, apakah Raja segala raja iaitu Allah. takde kerajaan sendiri kot?.”
‘Hmm…Habis tu, kalau betul Dia tu Maha Kuasa , kenapa dia tak suruh malaikat je terus bagi wahyu pada semua manusia.Kenapa tidak Malaikat-malaikat sendiri sahja yang beri yang dikatakan wahyu-wahyu tu?”
“Kalau pak Man jadi raja la katakan, apa pak man buat kalau nak beritahu rakyat jelata dan nak tahu apa komen rakyat jelata terhadap apa sebenarnya kehendak raja.?”
“Kalau Pak Man la, Pak Man akan pilih salah seorang dari rakyat Pak Man sebagai
wakil pak Man untuk menjelaskan apa sebenarnya kehendak pak Man dari rakyat-rakyat. Lagipun, kalau pilih dikalangan rakyat sendiri, mereka lebih mudah untuk ikut, sebab tiap-tiap hari mereka berjumpa, dan mereka kenal siapa wakil tu sebbab memang membesar sama-sama. Jadi, tahap kepercayaan mereka pada wakil pak Man tu, akan lebih mudah mengikut, berbanding kalau pakcik hantar hulubalang istana sendiri untuk bersana rakyat.”
‘Tengok, Pak Man sendiri dah akui.Itulah contoh untuk jawapan yang Pak Man soalkan tadi. Tuhan lantik dari kalangan manusia ni orang paling mulia dari kalangan mereka, yang paling dipercayai agar segala yang diberitahu tidak dapat disanggah. “
‘Kenapa perlunya yang diaktakan wahyu tu??..kenapa perlu Quran?”
Muhammad mengambil nafas perlahan-lahan. Dia agak keletihan. Memang sifatnya begitu, tidak boleh terlalu banyak bercakap, jika tidak, pasti dadanya berombak keletihan.
“Pak Man pernah beli benda baru tak?..contohnya, apa pak Man buat bila 1st time Pak Man beli kipas ke, handphone ke?Apa pak Man buat??”
‘owh..itu mudah saja, Pak Man akan buka la manual dia, camne nak guna. Kalau tak buakk manual dia tu, pak Man pun tak tau nak guna semaksimum mungkin benda tu. Sekadar dengan-dengar orang cakap tu, boleh la buat sikit-sikit. Tapi, lagi elok bukak manual dia, semua benda boleh buat.”

“Pak Man ni memang bijak”
‘Haih, kamu ni, aku dulu lulusan university. Mesti la bijak.” hidung Pak Man kembang kempis bila dipuji begitu.

‘Hmm..Sebenarnya pak Man dah jawab soalan pak Man tadi. Manusia ni benda baru, dan kita sendiri tidak tahu bagaimanakah mahu digunakan badan kita ni sebaik mungkin. Mahu berjaya , bagiaman,mahu merawat tekanan , bagaimana, semua benda ada dalam alquran. Tentang membangunkan jiwa ataupun membangunkan dunia, semua ada dalam quran. Manusia langit dan bumi ni benda baru, benda yang dicipta, jadi kalau kita tak diberitahu bagaimana nak gunakannya sebaik mungkin, mesti kita banyak rugi kan?”
‘Kamu ni, kamu belajar mana semua-semua jawapan ni?”

“Pemerhatian pak Man. Saya tengok satu-satu benda, saya fikir, saya renung.dan yang pasti, saya banyak meletakkan Allah dihadapan. Apa-apa saja yang terjadi, saya hubungkan dengan Tuhan.Sebelum-seblum ni pun, saya banyak mencabar diri saya pada benda-benda yang pak Man fikirkan,ragu-ragu itu satu kebiasaan. Teliti, merenung, berfikir dan kaitan segala bentuk dalam kehidupan.Saya bukan jenis terima bulat-bulat. Usaha saya selama ni dalam setiap kata-kata dari manusia tu perlu diselidiki, alhamdulillah, Pak Man kenal saya sepertimana sekarang”
“hmm…Muhammad, kenapa kamu sembahyang tiap-tiap hari?..pakcik tak sembahyang pun berjaya. “
“Pak Man, kita slow-slow dulu, ” ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...